Assalamualikum sahabat
cabai...lama juga cabai tak berblog mungkin sibuk degan menjadi Perjuang BN di
Cawangan mahupun di pejabat DUN membantu YB kita Jamil Saad yang bertanding di
DUN sena...disini Cabai bukan nak sentuh tentang DUN SENA sebaliknya cabai
terpanggil untuk membuat beberapa pencerahan berhubung Calon PKR Kuala Perlis
yang bagi cabai tidak cukup layak menjadi Calon di DUN N09 iaitu saudara Amin
Ahmad bukan tujuan cabai nak mengaibkan saudara Amin Ahmad atau menyentuh
perkara perkara yang membabitkan Pribadi beliau tetapi sekadar ingin
menyedarkan Rakyat Kuala Perlis yang memerlukan Pencerahan siapa dia Amin
Ahmad?
Sejujurnya
Cabai amat mengenali siapa Amin Ahmad kerana cabai adalah kenalan lama Amin
Ahmad serta amat mengenali keluarga Amin Ahmad. Mari kita menyingkap dari mula
pembabitan beliau dan bagaimana beliau terperangkap dengan PKR. Amin Ahmad
adalah anak kepada seorang yang amat dikenali di Cawangan Kg Guru / Taman
Suriani iaitu Ahmad Bin Abdullah .Siapa Ahmad Bin Abdullah? Buat kawan kawan
cabai Ahmad Bin Abdullah adalah salah seorang perjuang atau kata kampungnya
ialah ayam tambatan UMNO Cawangan Kg
Guru / Taman Suriani beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Cawangan UMNO
Cawangan Kg Guru/Taman Suriani dan menjadi orang kuat bagi menggerakan Jentera
Pilihan Raya bila Pilihanraya diadakan.boleh dikatakan saudara Ahmad mempunyai
sekeluarga yang 100% menyokong penuh perjuangan UMNO untuk kesekian lamanya
..tidak dinafikan saudara Ahmad juga dikenali di sekitar Cawangan dan juga
Kangar kerana selain menjadi setriausaha UMNO Cawangan beliau juga bekerja di
Makamah Kangar dan isterinya menjadi Jururawat di Kangar .Di kawasan sekitar
saudara Ahmad di gelar Mat Peter kerana beliau persis orang cina. Itu bukan
persoalan utama...persoalan utama ialah bila sekeluarga ini berjuang demi PKR
atau secara kasarnya berjuang untuk Anwar Bin Ibrahim ? Mari Cabai singkap
sedikit Keluarga Ahmad atau Mat Peter ini beralih arah dari menyokong UMNO kepada PKR apabila Anwar di Pecat
daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan waktu itu juga ramai
ahli UMNO yang keluar dari Parti akibat daripada simpati terhadap Anwar yang
disangkakan di Fitnah oleh TUN M.
Sewaktu
Anwar di pecat terjadinya Refomasi dimana pemberontakan terjadi di ibu kota
akibat ramai yang taksub kepada Anwar begitu juga Saudara Ahmad tetapi beliau
tidak menunjukan perasaanya itu sebaliknya terus berdiam dan dalam diam kerap
kali ahli cawangan terserempak kereta proton saga beliau yang no platenya mudah
dingati tetapi ahli cawangan tidak mengendahkan mungkin kerana beliau ingin
mengetahui isu semasa kerana zaman itu internet masih tidak lagi di praktikan
akan tetapi bila acap kali terjumpa di ceramah ceramah PAS dan Refomasi (ketika
itu) ahli cawangan berasa agak curiga denganya bak kata orang tua tua diam diam
ubi tetapi berisi. Berbalik kepada Amin yang kini tercalon mewakili PKR pada
masa tu baru setahun jagung dan tak berminat secara terus kepada politik
kepartian mungkin pada masa itu Amin baru berusia 16 tahun. Tetapi mungkin
kerana diterapkan Politik Kepartian oleh ayah beliau yang pada masa itu amat berdendam dengan UMNO
kerana pemecatan Anwar menyebabkan Ideologi menetang Kerajaan menjadi kuat dan
sebati didalam diri mereka sekeluarga, nak dijadikan cerita semasa mesyuarat
Agong Cawangan Saudara Mat Peter tak tercalon menjadi setiausaha ini menjadikan
beliau semakin kecewa kerana tidak
dipilih menjadi setiausaha dan perasaan dendam menjadi titik tolak
mereka sekeluarga beralih arah . Kerana dek terlalu berdendam seterusnya
menjakiti pemikiran anak anak beliau yang cenderong untuk mengkhianati Kerajaan
ini boleh dibuktikan dengan meluahkan apa yang terbuku dihati di status FB dan
Tweeter mereka untuk pengetahuan kawan kawan cabai Amin juga mempunyai seorang
abang yang bekerja di Singapura cabai tidak begitu jelas apa kerja nya di sana
tetapi apa yang cabai tahu abang Amin ini seorang kartunuis.
Jika
dibandingkan mentaliti dan cara percakapan ternyata Amin lebih berhati hati
untuk tweet atau update statusnya berbanding abang beliau yang rakus tweet dan
update status menghentam kerajaan mungkin kerana abang beliau tinggal di
Singapura dan tidak risau jika terjadi apa apa kerana senang senang beliau
boleh menjadi warganegara Singapura .dari
pengamatan Cabai abang beliau juga dipengaruhi Ideologi menentang
Kerajaan dan tidak patriotik mungkin beliau ingin menjadi rakyat singapura
lantak dia la..berbalik kepada saudara Amin ni beliau mendapat pendidikan awal
di Kangar dan seterusnya belajar di Ibu Kota dan pada ketika itu saudara Amin tidak menunjukan kecenderungan
kepartian tetapi sedikit demi sedikit
ideologi itu berjaya diterapkan bemulalah episod menghantam kerajaan. Tidak
hairanlah jika mereka sekeluarga telah menunjukan belangnya dan secara terang
terangan menyokong PKR sehingga ada insiden perang mulut di antara Ibu beliau
dan jiran yang duduk bersembang petang kerana mempertahan kan Parti masing
masing setdangkan semasa didalam UMNO mereka ini mendapat bermacam macam
kelebihan tetapi bila kecewa pemainan tikam belakang pun diwujudkan.
Cabai sudah
lama memerhatikan tindak tanduk Amin beliau sebelum ini menunjukan sikap
neutralnya didalam mengfalsafahkan ideologi beliau tetapi dalam diam diam juga
beliau sudah melobi dari Anwar dengan cara mengadaptasikan Ideologi Anwar dan
mununjukkan keterampilan serta ketaantan kepada PKR menyebabkan Amin dipilih
secara tiba tiba menjadi calon di N09 yang tidak pernah saudara Amin memberi
sebarang khidmat pun di Kuala Perlis dan majoriti orang Kuala Perlis tidak
mengenali beliau pun cabai amat yakin laluan beliau di N09 bukan mudah. Ini
kerana orang Kuala Perlis tidak termakan kata kata manis bulan dan bintang yang
dijanjikan. Cabai pun tak tahu apa yang dijanjikan oleh PKR tetapi apa yang
cabai tahu ada sesuatu yang dijanjikan jika kalah sekalipun. Sedarlah wahai
Amin duit PTPTN pun dari kerajaan dari Kecil hingga besar makan duit kerajaan
tiba tiba tikam belakang yang cabai tahu Amin tidak layak menjadi calon Kuala
Perlis pun jarang jarang pijak tiba tiba nak jadi YB kawasan pulak tak salah
jika menyokong ideologi politik kerana
kita mengamalkan negara demokrasi tetapi persoalanya layak atau tidak ?
kalau dilihat dari sejarah silam keluarga Ahmad bin Abdullah ini mereka
sebenarrnya menyokong PKR kerana sifat berdendam dan terlalu mengagongkan Anwar
Ibrahim walaupun darah daging mereka terpalit sedikit darah UMNO mereka sudah
tidak karuan apabila penduduk Kuala Perlis menyoal siapa Amin Ahmad apa yang
telah dibuat olehnya kepada penduduk? dan bila sudah tercalon baru nampak muka
setelah sekian lama berada di ibu kota baru sekarang baru nak tunjuk muka di
Perlis. Sepatutnya jika ingin merampas Kuala Perlis beliau perlu turun 2 tahunlebih
awal ke Kuala Perlis tunjukan khidmat bakti bukan omokan janji kosong. Insaflah
wahai Amin Ahmad sedarlah walaupun anda
penyokong tegar PKR tetapi saya percaya sekilas di hati anda masih lagi
menyokong perjuangan UMNO kerana anda sekeluarga bekas Penyokong tegar UMNO
atas sebab pribadi dan jawatan anda sekeluarga telah beralih arah.
PS: ni nasihat cabai pengundi pengundi N09 Kuala Perlis
Fikir sebaiknya janganlah undi Individu tetapi Undilah Parti kita buat untuk
Parti bukan Individu itu adalah Fomula terbaik bagi mendapat majoriti 2/3 tolak
Anwar Ibrahim tolak PKR tolak Amin Ahmad yang bukan anak jati Kuala Perlis.
Tetapkan Impian cabai percaya pengundi Kuala Perlis bijak menentukan hala tuju
Kuala Perlis pada masa depan. Jangan berikan sedikit ruang pun bagi calon PKR
untuk menerobos kubu kuat BN !! Hidup BN , Hidup UMNO Tolak PKR yang memperlkehkan
Kalimah Allah sebab itu Ahli PAS Perlis menolak calon PKR bagi ke3- 3 Parlimen
iaitu Arau , Kangar dan Padang Besar ia semua dicalonkan ahli PAS sudah terang
lagi bersuluh penolakan ini menampakan kepincangan dalam Pakatan Rakyat yang
retak menanti belah. Hanya satu ja cabai nak tanya semua adakah kita mahukan
Kerajaan Sonsang PR memerintah dan jadikan negara kucar kacir? Tentu semua
tidak mahu jadi marikah kita semua menyokong Kerajaan BN yang sudah sekian lama memacu kejayaan negara
.