Sunday, 28 April 2013

PEDAIH!! :SIAPA SEBENARNYA CALON N09 KUALA PERLIS DAN MARI KITA TOLAK CALON N09 KUALA PERLIS


Assalamualikum sahabat cabai...lama juga cabai tak berblog mungkin sibuk degan menjadi Perjuang BN di Cawangan mahupun di pejabat DUN membantu YB kita Jamil Saad yang bertanding di DUN sena...disini Cabai bukan nak sentuh tentang DUN SENA sebaliknya cabai terpanggil untuk membuat beberapa pencerahan berhubung Calon PKR Kuala Perlis yang bagi cabai tidak cukup layak menjadi Calon di DUN N09 iaitu saudara Amin Ahmad bukan tujuan cabai nak mengaibkan saudara Amin Ahmad atau menyentuh perkara perkara yang membabitkan Pribadi beliau tetapi sekadar ingin menyedarkan Rakyat Kuala Perlis yang memerlukan Pencerahan siapa dia Amin Ahmad?
           
            Sejujurnya Cabai amat mengenali siapa Amin Ahmad kerana cabai adalah kenalan lama Amin Ahmad serta amat mengenali keluarga Amin Ahmad. Mari kita menyingkap dari mula pembabitan beliau dan bagaimana beliau terperangkap dengan PKR. Amin Ahmad adalah anak kepada seorang yang amat dikenali di Cawangan Kg Guru / Taman Suriani iaitu Ahmad Bin Abdullah .Siapa Ahmad Bin Abdullah? Buat kawan kawan cabai Ahmad Bin Abdullah adalah salah seorang perjuang atau kata kampungnya ialah  ayam tambatan UMNO Cawangan Kg Guru / Taman Suriani beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Cawangan UMNO Cawangan Kg Guru/Taman Suriani dan menjadi orang kuat bagi menggerakan Jentera Pilihan Raya bila Pilihanraya diadakan.boleh dikatakan saudara Ahmad mempunyai sekeluarga yang 100% menyokong penuh perjuangan UMNO untuk kesekian lamanya ..tidak dinafikan saudara Ahmad juga dikenali di sekitar Cawangan dan juga Kangar kerana selain menjadi setriausaha UMNO Cawangan beliau juga bekerja di Makamah Kangar dan isterinya menjadi Jururawat di Kangar .Di kawasan sekitar saudara Ahmad di gelar Mat Peter kerana beliau persis orang cina. Itu bukan persoalan utama...persoalan utama ialah bila sekeluarga ini berjuang demi PKR atau secara kasarnya berjuang untuk Anwar Bin Ibrahim ? Mari Cabai singkap sedikit Keluarga Ahmad atau Mat Peter ini beralih arah dari menyokong  UMNO kepada PKR apabila Anwar di Pecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan waktu itu juga ramai ahli UMNO yang keluar dari Parti akibat daripada simpati terhadap Anwar yang disangkakan di Fitnah oleh TUN M.

            Sewaktu Anwar di pecat terjadinya Refomasi dimana pemberontakan terjadi di ibu kota akibat ramai yang taksub kepada Anwar begitu juga Saudara Ahmad tetapi beliau tidak menunjukan perasaanya itu sebaliknya terus berdiam dan dalam diam kerap kali ahli cawangan terserempak kereta proton saga beliau yang no platenya mudah dingati tetapi ahli cawangan tidak mengendahkan mungkin kerana beliau ingin mengetahui isu semasa kerana zaman itu internet masih tidak lagi di praktikan akan tetapi bila acap kali terjumpa di ceramah ceramah PAS dan Refomasi (ketika itu) ahli cawangan berasa agak curiga denganya bak kata orang tua tua diam diam ubi tetapi berisi. Berbalik kepada Amin yang kini tercalon mewakili PKR pada masa tu baru setahun jagung dan tak berminat secara terus kepada politik kepartian mungkin pada masa itu Amin baru berusia 16 tahun. Tetapi mungkin kerana diterapkan Politik Kepartian oleh ayah beliau yang  pada masa itu amat berdendam dengan UMNO kerana pemecatan Anwar menyebabkan Ideologi menetang Kerajaan menjadi kuat dan sebati didalam diri mereka sekeluarga, nak dijadikan cerita semasa mesyuarat Agong Cawangan Saudara Mat Peter tak tercalon menjadi setiausaha ini menjadikan beliau semakin kecewa kerana tidak  dipilih menjadi setiausaha dan perasaan dendam menjadi titik tolak mereka sekeluarga beralih arah . Kerana dek terlalu berdendam seterusnya menjakiti pemikiran anak anak beliau yang cenderong untuk mengkhianati Kerajaan ini boleh dibuktikan dengan meluahkan apa yang terbuku dihati di status FB dan Tweeter mereka untuk pengetahuan kawan kawan cabai Amin juga mempunyai seorang abang yang bekerja di Singapura cabai tidak begitu jelas apa kerja nya di sana tetapi apa yang cabai tahu abang Amin ini seorang kartunuis.
            Jika dibandingkan mentaliti dan cara percakapan ternyata Amin lebih berhati hati untuk tweet atau update statusnya berbanding abang beliau yang rakus tweet dan update status menghentam kerajaan mungkin kerana abang beliau tinggal di Singapura dan tidak risau jika terjadi apa apa kerana senang senang beliau boleh menjadi warganegara Singapura .dari  pengamatan Cabai abang beliau juga dipengaruhi Ideologi menentang Kerajaan dan tidak patriotik mungkin beliau ingin menjadi rakyat singapura lantak dia la..berbalik kepada saudara Amin ni beliau mendapat pendidikan awal di Kangar dan seterusnya belajar di Ibu Kota dan pada ketika itu  saudara Amin tidak menunjukan kecenderungan kepartian tetapi  sedikit demi sedikit ideologi itu berjaya diterapkan bemulalah episod menghantam kerajaan. Tidak hairanlah jika mereka sekeluarga telah menunjukan belangnya dan secara terang terangan menyokong PKR sehingga ada insiden perang mulut di antara Ibu beliau dan jiran yang duduk bersembang petang kerana mempertahan kan Parti masing masing setdangkan semasa didalam UMNO mereka ini mendapat bermacam macam kelebihan tetapi bila kecewa pemainan tikam belakang pun diwujudkan.

            Cabai sudah lama memerhatikan tindak tanduk Amin beliau sebelum ini menunjukan sikap neutralnya didalam mengfalsafahkan ideologi beliau tetapi dalam diam diam juga beliau sudah melobi dari Anwar dengan cara mengadaptasikan Ideologi Anwar dan mununjukkan keterampilan serta ketaantan kepada PKR menyebabkan Amin dipilih secara tiba tiba menjadi calon di N09 yang tidak pernah saudara Amin memberi sebarang khidmat pun di Kuala Perlis dan majoriti orang Kuala Perlis tidak mengenali beliau pun cabai amat yakin laluan beliau di N09 bukan mudah. Ini kerana orang Kuala Perlis tidak termakan kata kata manis bulan dan bintang yang dijanjikan. Cabai pun tak tahu apa yang dijanjikan oleh PKR tetapi apa yang cabai tahu ada sesuatu yang dijanjikan jika kalah sekalipun. Sedarlah wahai Amin duit PTPTN pun dari kerajaan dari Kecil hingga besar makan duit kerajaan tiba tiba tikam belakang yang cabai tahu Amin tidak layak menjadi calon Kuala Perlis pun jarang jarang pijak tiba tiba nak jadi YB kawasan pulak tak salah jika menyokong ideologi politik kerana  kita mengamalkan negara demokrasi tetapi persoalanya layak atau tidak ? kalau dilihat dari sejarah silam keluarga Ahmad bin Abdullah ini mereka sebenarrnya menyokong PKR kerana sifat berdendam dan terlalu mengagongkan Anwar Ibrahim walaupun darah daging mereka terpalit sedikit darah UMNO mereka sudah tidak karuan apabila penduduk Kuala Perlis menyoal siapa Amin Ahmad apa yang telah dibuat olehnya kepada penduduk? dan bila sudah tercalon baru nampak muka setelah sekian lama berada di ibu kota baru sekarang baru nak tunjuk muka di Perlis. Sepatutnya jika ingin merampas Kuala Perlis beliau perlu turun 2 tahunlebih awal ke Kuala Perlis tunjukan khidmat bakti bukan omokan janji kosong. Insaflah wahai Amin Ahmad sedarlah  walaupun anda penyokong tegar PKR tetapi saya percaya sekilas di hati anda masih lagi menyokong perjuangan UMNO kerana anda sekeluarga bekas Penyokong tegar UMNO atas sebab pribadi dan jawatan anda sekeluarga telah beralih arah.

PS: ni nasihat cabai pengundi pengundi N09 Kuala Perlis Fikir sebaiknya janganlah undi Individu tetapi Undilah Parti kita buat untuk Parti bukan Individu itu adalah Fomula terbaik bagi mendapat majoriti 2/3 tolak Anwar Ibrahim tolak PKR tolak Amin Ahmad yang bukan anak jati Kuala Perlis. Tetapkan Impian cabai percaya pengundi Kuala Perlis bijak menentukan hala tuju Kuala Perlis pada masa depan. Jangan berikan sedikit ruang pun bagi calon PKR untuk menerobos kubu kuat BN !! Hidup BN , Hidup UMNO Tolak PKR yang memperlkehkan Kalimah Allah sebab itu Ahli PAS Perlis menolak calon PKR bagi ke3- 3 Parlimen iaitu Arau , Kangar dan Padang Besar ia semua dicalonkan ahli PAS sudah terang lagi bersuluh penolakan ini menampakan kepincangan dalam Pakatan Rakyat yang retak menanti belah. Hanya satu ja cabai nak tanya semua adakah kita mahukan Kerajaan Sonsang PR memerintah dan jadikan negara kucar kacir? Tentu semua tidak mahu jadi marikah kita semua menyokong Kerajaan BN  yang sudah sekian lama memacu kejayaan negara .

No comments:

Post a Comment