Friday 20 January 2012

TERKINI : PEGUAM NEGARA SUDAH FAILKAN RAYUAN SAIFUL !!! BAGUS MEMBANTU ORANG YANG TERANAYA ....TQ AG

 
Salam ..dalam sibuk2 CabaiUtara mengumpulkan maklumat tetantang pembongkaran penyelewengan dan salahguna kuasa orang tetentu jauh di utara..cabai bukan nak cerita pasal perkara tuh sebearnya bila sudah selesai cabai akan bongkarkan juga sekarang tengah dalam proses mencari maklumat.....dan bukti....
    Tiada apa yang mengembirakan cabai dari mendengar rakan rakan bloger mengwar-warkan bahawa Peguam Negara telah memfailkan rayuan rakan kita yang teranaya Saiful yang didakwa telah diliwat oleh Anuar Ibrahim..seronok bila mendegar berita ini....Akhirnya doa insan teranaya telah dimakbulkan Tuhan kita tunggu apa pula muslihat Anwar Ibrahim adakah dia akan terus menggunakan Robot robot surahannya yang hanya mengikut telunjuk serta diperkudakan oleh Anwar secara total....
   Tidak Cabai nafikan ada segelintir Puak didalam PR menarik lafaz lega mengdengar Peguam Negara Menfailkan Rayuan ini ..cuma tak dizahirkan dengan kata kata takut diri mereka di pecat dari parti tetapi jauh di sudut hati mereka ..mereka tidak lagi percaya kepada Anwar....lihat saja berapa ramai yang telah dipecat didalam parti disebabkan mereka tidak mahu bersengkongkol dengan Anwar itu....kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal dilakukan oleh Anwar ini adakah masih juga menggunakan taktik lama mengunakan jenteranya seperti Adam Geli , Ambik Kaw , Azmin Kuli dan sebaginya untuk memperjuangkan hak pribadi bukan hak Parti ....Lantak korang lah...tetapi harus di ingat buah yang sudah busuk akan jatuh ke tanah juga akhirnya tanpa perlu di jolok,,,ada paham maksud cabai....??
   Apa apa pun sekalung tahniah kepada rakan rakan Blogger yag berjuang bersama sama BN (PRO BN) untuk bersama sama membantu insan teranaya bernamaSaiful Bukhari Azlan....semoga doa doa Saiful Termakbul hendaknya ....biarlah pesalah yang sepatutnya dihukum sewajarnya...

Cabai Utara : Berharap agar rakyat Malaysia jangan termakan Rekayasa Politik Murahan Pakatan Anak Beranak ini...bersama sama la kita mendoakan agar Insan Teranaya ini mempertahankan Haknya...InsyAllah...Moga Yang Hak akan Berdiri dan yang Bathil akan menyembah Bumi

Credit to PAPAGOMO

Tuesday 10 January 2012

PEDAIHH!! APA ADA DENGAN BANG NUAQ!!!


Hakikat sebenar disebalik keputusan penghakiman kes liwat Anwar AL-JUBURI (Bukan Aku kata tapi Kapal Singh yang kata na!


Keputusan yang mengejutkan. Barangkali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun tidak menyangkanya. Bukan sahaja keluarga dan rakan Anwar serta penyokong Perhimpunan Bebaskan Anwar 901 terkejut, malah banyak kalangan pemerhati politik dan orang ramai yang menyangka Anwar akan didapati bersalah pun terkedu.

Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mengumumkan keputusan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri setelah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd. Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Keputusan tidak disangka-sangka. Bagaimana Anwar tidak menyangka keputusan memihak kepadanya kerana hakim itulah yang dikutuk dan dikritiknya sebelum ini.

Bahkan hakim yang membebaskannya itu juga pernah tiga kali difailkan permohonan oleh Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya. Alasannya ialah hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.

Kali pertama Anwar memfailkan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Satu lagi perkara mengejutkan Anwar ialah beliau sendiri tidak percaya kepada sistem kehakiman negara ini.

Semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 Februari 2011, Anwar menuduh keputusan perbicaraan kes liwatnya sudah dirancang.

Anwar dipetik sebagai berkata: "Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari. Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan".

Perbicaraan kes liwatnya satu rekod dalam sejarah perbicaraan mahkamah moden di negara ini jika semuanya sudah dirancang. Anwar menikmati lebih 55 kali penangguhan dalam kes liwatnya sejak 2008. Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu. Rakyat Malaysia lain tidak pernah menikmati layanan sebegini tetapi Anwar mendapat segala-galanya.

Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat. UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu tidak terlibat dan campur tangan dalam kes ini.

Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah. Beliau yang bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Malah Anwar dibebaskan hanya atas masalah teknikal. Jadi terpulang kepada Saiful dan pendakwa raya sama ada mahu membuat rayuan atau tidak.

Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Suka tak suka, inilah realitinya. Keadilan yang begitu takut dihadapi oleh pihak tertuduh sebelum ini, akhirnya membebaskannya. Ini juga menunjukkan institusi kehakiman negara kita bebas membuat keputusan tanpa memilih bulu.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar sudah diputuskan. Maka sah sudah kehakiman kita mempunyai tahap yang tidak boleh sesiapa meraguinya lagi. Segala fitnah dan pembohongan pakatan pembangkang bahawa kes Mohd. Saiful adalah satu konspirasi UMNO dan BN juga terbukti adalah tidak benar. Ia adalah dakyah dan tipu muslihat Anwar dan PKR selama ini.

Kes liwat di mahkamah adalah tuntutan keadilan oleh Mohd. Saiful untuk dirinya yang menjadi mangsa dan dianiayai selama kes ini berjalan begitu lama.

UMNO dan BN tidak bergantung kepada isu kes mahkamah Anwar-Mohd. Saiful tetapi keupayaan BN atas rekod prestasinya memerintah Malaysia sejak merdeka dan langkah-langkah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik negara.

Cabai Utara : Belum Tentu menang di padang Masyar Hakim Dunia boleh la hang tipu tapi HAkim di Akhirat lupikirla Sendri Nuaq oiiii.....