Saturday 7 July 2012

APA DAH JADI NGAN KEDAH !! NAK TUBUH NEGARA ISLAM TAPI DISCO DAN RUMAH PELACURAN BERCAMBAH!!


Ada penyokong PAS yang sangat ekstrem kepercayaannya bahawa segala keburukan datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Dilabelkannya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah MUSUH ISLAM, MUSUH ALLAH TAALA dan MUSUH RASULULLAH S.A.W.
Barangkali penyokong PAS terbabit buta mata hatinya dan tidak pernah melihat perubahan alam sekelilingnya, sebaliknya hidup berkhayal dengan utopia dan shangri-la yang didendangkan oleh para pemimpinnya. 
Nah, mari kita lihat syurga-syurga baru yang ditumbuhkan oleh kepimpinan PAS di Kedah. Mungkin penyokong PAS terbabit akan menganggap ini juga adalah satu fitnah semata-mata!
Ini adalah sebuah pusat pelacuran yang sangat terkenal di Alor Star. Premis yang mempunyai papan tanda berwarna biru itu menyediakan khidmat urut. Selain itu, para pelanggan turut dihidangkan dengan servis seks daripada pelacur-pelacur berbangsa Melayu, Cina dan Thailand. Premis ini terletak di Jalan Putra, berhampiran dengan Putra Medical Centre, Alor Star. 
Manakala premis ini pula menyediakan khidmat urut batin dengan berselindung di sebalik papan tanda urut refleksi. Lokasinya di Alor Star juga. Dan sama seperti yang terdapat di pusat-pusat pelacuran lain, wanita-wanita pelacur yang disediakan di premis ini terdiri daripada pelacur-pelacur Melayu, Cina dan Thailand. Kedudukannya yang agak terpencil, membuatkan premis ini selamat daripada gangguan pihak berkuasa. Dan yang menariknya, lokasi ini juga merupakan tempat bersantai kakitangan agensi Kerajaan Negeri!
Bagi yang ingin berjudi dan ketagih untuk berjudi, tidak perlu bersusah payah. Cukup dengan hanya ke Taman Mergong Jaya. Di situ terdapat sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan mini kasino yang sangat menarik. Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan premis judi di Taman Mergong Jaya ini terdiri daripada golongan remaja tempatan. 
Di Jalan Putra juga terdapat sebuah disko yang sangat meriah. Lesen disko berkenaan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Alor Star pada zaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah. Tiada sebarang gangguan daripada pihak berkuasa tempatan. Sebaliknya disko ini yang turut menyediakan bekalan pelacur dan dadah sintetik seperti syabu kelihatan sangat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. 
Kalau tidak berpuas hati dengan disko di Jalan Putra, para penggemar maksiat boleh pula ke Alor Mengkudu yang jaraknya dengan pusat bandar, tidaklah jauh benar. Di Jalan Alor Mengkudu, terdapat sebuah pusat hiburan yang sangat dikenali oleh penduduk setempat. Walaupun Alor Mengkudu merupakan kawasan Melayu-Islam, tetapi kebaikan hati dan keprihatinan pihak tertentu yang tidak mahu masyarakat Melayu-Islam terperengak-perengak dan bahlol apabila ada orang yang baru balik dari Pulau Pinang menceritakan kehebatan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang menyediakan premis-premis hiburan di negeri yang pernah berada di bawah jajahan Kedah itu dahulu, amat mengkagumkan. 
Itu hanyalah sebahagian daripada HIDANGAN yang disajikan oleh KERAJAAN PAS KEDAH kepada rakyat Kedah. Barangkali dengan kewujudan pusat-pusat hiburan dan pelacuran itu, menjadikan Kedah tidaklah jauh sangat tarafnya berbanding negeri-negeri lain. 
Namun sesuatu yang sangat menarik ialah, mana-mana negeri di bawah Pakatan Rakyat, masalah yang sama jugalah diperkatakan. Kalau sebelum menjadi Kerajaan Negeri, merekalah yang paling bersih dan suci tetapi apabila menjadi Kerajaan Negeri, maksiat dan kejahatan pula yang menjadi pilihan!!
Cabai Utara : Apa la nak jadi dengan pimpinan PAS Kedah ni ingat depa mentadbir banyak la Masjid nak didirikan tapi sebaliknya yang wajib didirikan nak di robohkan yang haram nak didirikan....nak jaga hati DAPig sangat....macam tuh la hangpa jd pak sangup anwar jubor!!
Sumber : Kedahan69ers.com

1 comment:

  1. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete