Wednesday 21 September 2011

PEDAIHHH!!! DR PAKAR IMPORT ANUWAR KANTOII DI MAKAMAH!!

PAKAR CAP AYAM!!

SUMBER BLOG Dr MiM



Ketika sessi mahkamah kes liwat Anwar Ibrahim pada 25hb Ogos 2011, saksi dan peguambela Anwar Ibrahim telah terperangkap di dalam persoalan kredibiliti dan 'pengiktirafan' ASCLD Jabatan Kimia Negara di Petaling Jaya.


Jika kita rujuk profail, agensi tersebut telah mencapai status pengikitrafan daripada American Society Crime Lab Directors (ASCLD) dan telah diaccredited kepada ASLCD/LAB Legacy. BACA SINI

Sessi mahkamah hari ini pula menjadi medan untuk pihak pendakwaraya mempersoalkan pula kredibiliti saksi Anwar Ibrahim, Dr Brian McDonald yang didakwa merupakan Pakar DNA yang datang khas dari Australia.

Rupa-rupanya, Dr Donald bukanlah pakar forensik DNA yang sah untuk menafsir dan menganalisa keputusan DNA! Jika merujuk kepada keterangan di dalam KeadilanDaily, Dr Donald mempunyai PhD di dalam bidang pathologi.

Maka, Dr Donald hanyalah seorang pathologist. Apakah beliau mempunyai pengkhususan (sub-specialty) DNA ?

Malah, jika merujuk kepada laporan Akhbar Sin Chiew bertarikh 18hb Februari 2010, pengkhususan Dr Donald adalah lebih kepada kes undang-undang keluarga yang melibatkan paternity tests seperti penentuan ibubapa sesorang anak dan sebagainya.

Interesting!

Beliau juga telah beberapa kali ditolak oleh mahkamah di Australia dan Brunei kerana dianggap bukan pakar di dalam bidang tafsiran forensik DNA.

Ironinya, walau pun kes di Brunei dan Australia sudah lama tetapi Dr Donald tidak pernah menambahbaik kepakaran beliau seperti tidak menghadiri sebarang forensik DNA sehingga ke hari ini.

Dr Donald hanya bergantung kepada NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025. Yang peliknya, beliau mendakwa tidak tahu makmal perlu diekstradisi setiap 2 tahun!

Malah, kali terakhir beliau menjalankan ujian DNA adalah pada tahun 2004 iaitu 7 tahun yang lalu!

Satu mesej yang MiM ingin sampaikan ialah MiM bersetuju bahawa pengalaman sahaja tidak cukup untuk melabelkan seseorang sebagai pakar di dalam sesuatu pengkhususan bidang (sub-specialty) tersebut. 'Pakar di dalam pakar' memerlukan pengiktirafan dari segi sijil sah hasil daripada mengambil peperiksaan.

MiM sudah beribu kali merawat pesakit batuk diakibatkan oleh jangkitan kuman paru-paru dan berjaya menyembuh mereka. Tetapi ianya tidak bermakna MiM boleh menganggap diri sebagai pakar di dalam bidang paru-paru.

Sijil pengiktirafan selepas peperiksaan diperlukan jika mahu menjadi pakar. Malah, jika anda pakar bedah umum, anda perlu lulus peperiksaan dan membuat attachment di unit bidang jantung sebelum menjadi pakar bedah jantung.

Requirement ini turut dipraktikkan di dalam sub-specialty pengkhususan DNA. Inilah yang dimaksudkan dengan 'pakar di dalam pakar'.

Sebenarnya, ada lagi kelompongan yang MiM lihat di pihak peguambela dan saksi Anwar Ibrahim. Akan MiM terangkan di artikel seterusnya.

Di bawah adalah skrip kes liwat Anwar Ibrahim. Terima kasih kepada blogger Rapat Setia Online.

Di antara skrip tersebut :-

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.

9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.

9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada

9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.

9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?

9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.

9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?

9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.

9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?

9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali ? tafsiran DNA.

9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.

9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.

“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.

McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.

10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.

10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf

10:47 pagi: Yusof membaca satu lagi kes yang sama juga menggambarkan McDonald bukan seorang pakar yang diiktiraf

10:57 pagi: Yusof terus mempertikai pakar DNA yang diimpot oleh Anwar McDonald dan kepakaran dengan menunjukkan kes beberapa mahkamah juga menolak dan mempersoalkan keterangannya.

11:15 pagi: Yusof , pihak pendakwaan selesai menyoalbalas saksi Anwar pakar DNA impot yang kepakarannya dipersoalkan.

Pihak pendakwa memohon kepada Hakim Zabidin untuk bereha setengah jam dan Hakim membenarkan.

12:00 tengahari: Perbicaraan disambung lagi, Yusof meneruskan soalbalas terhadap McDonald.

McDonald mendakwa bahawa beliau telah memberi keterangan pada 150 kes, dan dia tidak boleh ingat kesemua maklumat.

12:11 tengahari: Yusof mendakwa bahawa McDonald telah diupah oleh pihak pembelaan. McDonald menjawab ya dan Yusuf meminta McDonald memberikan jawapan yang paling ringkas bagi soalan-soalan yang akan diutarakan.

12:15 tengahari: Yusof terus menyoalbalas McDonald sama ada dia adalah pakar untuk menentukan air mani dalam sampel yang diambil selepas 56 jam dan diberikan kepada pakar kimia 48 jam kemudiannya.

McDonald menjawab YA, beliau adalah seorang pakar.

12:19: Yusof mula merujuk McDonald kepada journal 1982 yang merujuk kepada masa yang panjang selepas sperma dijumpai boleh dianalisis.

12:27: Yusof terus menunjukkan kepada McDonald sebuah journal dalam bahasa Thai, tetapi pakar Australia itu enggan menjawab soalan mengenai perkara itu kerana dia tidak dapat memahami apa yang ditulis, kerana tulisan dalam bahasa Thai.

Yusofmengandaikan bahawa artikel ini adalah benar

“Tidak,” jawab McDonald dalam keadaan tersekat-sekat.

Tiba-tiba CV Prabhakaran bangun membantah apabila melihat Mc Donanld diasak oleh pendakwaraya.

12:30 tengahari: McDonald berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.

Yusof berkata jurnal tersebut mengatakan bahawa air mani boleh didapati dalam faraj selama 19 hari.

McDonald: Saya tidak boleh bersetuju hanya kerana saya tidak dapat memahami bahasa ditulis dalam Bahasa Thai.

12:35 tengahari: Yusof menegaskan bahawa berdasarkan jurnal, tidak mustahil bahawa seseorang boleh menemui air mani selepas 113 jam.


TI{U DONIAA PUN TAK LEPASS NI PULAK AKHIRAT ABANG NUAQ OIII ...BRANI LIWAT BERANI LA TANGGUNG .......GILA !! HAKK PUUUU TUIHHH!!!

No comments:

Post a Comment