Thursday, 27 October 2011

PEDAIIHH: BANGANG SUNGGUH BUDAK2 UIA YANG CUBA DIKRISTIANKAN IDOLOGI MEREKA!!


Pelajar UIA Telah Di Kristiankan..!!!!!


Anak melayu yang belajar tinggi2 tapi terserlah kepandaian yang meningkat2, itulah sikap anak melayu zaman sekarang. Apa yang mereka ni belajar dekat UIA tu?? "Universiti ISLAMAntarabangsa" aku rasa buang jer ISLAM dan di gantikan dengan KRISTIAN, "Universiti KRISTIANAntarabangsa (UKA)" sebabnya pelajar2 disitu sudah di kristiankan. 


Kepada ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab ,anda tidak tak tahu ke perbuatan demo seperti dalam video di bawah ini yang menyalakan lilin adalah seperti upacara program candlelight vigil yang mana satu amalan budaya orang kafir , tidak kira lah ianya mengenangkan perisitiwa yang menyedihkan atau seumpamanya .






Mengapa perlu berdemo nak bawa lilin?? setahu aku lah orang kristian saja yang bawak lilin dan dalam gereja mereka saja yang dipasang lilin. 

Nama sebuah  universiti Islam di  Malaysia  dahulu gah kini  sudah terpalit najis  gara-gara perbuatan budak-budak yang cukup cerdik  SMM yang diketuai pencacai utama Anwar iaitu Syukri Abd Razab .  Walhal Syukri bukan pelajar UIA pun tetapi beliau lah menjadi perancang utama menghasut beberapa kerat pelajar di situ sertai gerakannya .




Hal Ehwal agama Islam telah membincangkan mengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini :- TM

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim). 

1 comment:

  1. jenguk2lah blog saya

    http://antirepublik.blogspot.com

    ReplyDelete