Monday 14 May 2012

AZMIN CABAR BN BUBAR PALIMEN!!



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, tindakan Perdana Menteri menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan ahli Umno sendiri.

Beliau berkata, tindakan Datuk Seri Najib Razak itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalam Umno selain masalah yang dihadapi kerajaan.

“Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini).

“Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU 13 KEADILAN Pulau Pinang di Georgetown semalam.

Hadir sama, Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Dr Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan pimpinan negeri.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, KEADILAN telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU 13 di Pulau Pinang.

“Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).

pssst: Bagi Cabai ....betoi kat PENJUAL AISKRIM ni nak cabar bubar Parlimen....Porahh kalau tak penuh ilmu di dada toksah la ajak satg malu besaq......Barua ni cuba nak alihkan perhatian dunia dari kes dia...ohh angg dah puas makan aiskrim....ang nak cabar plak  BN suh bubar....cuak la tuh...!!! sebenarnya barua ni takut takut berani ja !!!

No comments:

Post a Comment