Tuesday 9 August 2011

PEDAIH!! SATU-SATU TEMBELANG ISU MURTAD DIBOGELKAN JAIS TIDAK SALAH YANG SALAH IALAH??

HARAM JADAH!!


Satu demi satu tembelang pecah, hingga menyebabkan ramai yang sedar, patutlah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta semua pihak 'tutup mulut'.

Terbaru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khbar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'.

Ini setelah pegawai MBPJ memaklumkan pihaknya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ.

Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu. -agendadaily

Allahuakbar.. Allah Maha besar..
Satu demi satu ditunjukkan Allah penyelewengan dan sikap pemimpin Islam yang pertahankan pemimpin kristian yang memurtadkan muslim demi sebuah undi dan secebis kuasa..
 
ps: MEREKA INI MEMANG SUKA PENGANUT ISLAM DI MURTADKAN!!

No comments:

Post a Comment