Wednesday 3 August 2011

PEDAIHH!! Ku Li Ganti Anwar Buat Azmin Histeria


Oleh Gelagat Anwar – Antara yang paling marah dengan usaha membawa masuk Ku Li sebagai ‘leader’ kepada Pakatan Rakyat adalah Azmin Ali. Memang dia tak boleh terima. Ku Li tidak pernah ada dalam radar sokongan Azmin. Ku Li kepada Azmin adalah seorang pemimpin lembik dan tidak punya tulang belakang. Malahan sewaktu ditanya oleh seorang Ketua Cabang di Selangor mengenai kebenaran cerita tersebut; Azmin menjerit: Nonsense! Stupid people want Ku Li!
Azmin memang kenal dengan teknik dan taktik politik Ku Li. Kita jangan lupa, Azmin sudah lama dalam ‘circle’ kerajaan. Pada suatu ketika, Azmin terkenal sebagai ANAK ANGKAT kepada Tun Mahathir. Memang hubungan mereka rapat. Secara kebetulan Anwar lebih pantas menarik Azmin berada di sekitar lingkungan politiknya.
Azmin faham dan sangat tahu dengan ‘sifat’ Ku Li yang nampak lembut tetapi bijak MENIKAM dari belakang.

Azmin masih terkenang bagaimana Ku Li hampir menewaskan Tun Mahathir dengan hanya puluhan undi. Kuasa politik dan tarikan Ku Li memang dahsyat. Ku Li mempunyai kekuatan yang ramai orang tidak menyangka. Ku Li yang boleh membawa impak dalam pertempuran Semangat 46 menentang BN memang tidak boleh dilupakan. Waktu itu, Azmin dan Anwar masih di pihak kerajaan. Kuat mengutuk dan mengeji Ku Li.
Bagusnya tentang Azmin, dia sendiri faham bahawa dirinya (sebagai Timbalan Presiden PKR) tidak akan mampu menarik ‘pakatan pembangkang’ untuk turut bersama. Berbanding Kak Wan, Azmin sendiri lebih bersedia menonjolkan Nurul Izzah sebagai pemegang panji perjuangan Pakatan Rakyat.
Soalnya, sudikah Kit Siang dan Haji Hadi menerima keputusan PKR itu? Azmin menggunakan kejayaan Yingluck di Thailand sebagai alasan mengapa Izzah mesti diangkat sebagai pemimpin PR; sekiranya sesuatu menimpa Anwar Ibrahim.
Azmin tak mahu menerima Ku Li kerana hubungan baik ‘Ku Li – Zaid Ibrahim’ yang boleh membawa ‘imej Kelantan’ yang berlebihan. Sokongan Zaid kepada Ku Li memang boleh mendatangkan sesuatu yang positif.
Tetapi Azmin tidak mahu hadir di ‘meja perundingan Ku Li’ hanya sebagai Timbalan Presiden PKR; sedang Zaid sudahpun menerajui sebuah parti sendiri. Ego Azmin tidak boleh menerima suasana ini.
Percayalah, Azmin akan menjadi antara orang paling GALAK menentang cadangan ini. Ku Li bukan lagi penting kepada Azmin. Kepada Azmin, PKR mesti kekal menjadi PEMIMPIN kepada PR – seperti apa yang berlaku sekarang.

PS: KASI PEDAIHHH SKET!!! APA KEJADAHNYA PKR NAK KALUD SEBANRNYA TAYAH GANTI GANTI ELOK BUBAR JE TERUS BIAR BERKUBOQ TANPA BATU NESAN KAN SENANG!!!

No comments:

Post a Comment