Wednesday 10 August 2011

PEDAIHHH: BARU PEMUDA PAS TAU LANGIT TU TINGGI KA RENDAH BAGAI LUDAH KEMUKA SENDIRIK


Berubah nada, itulah yang terjadi selepas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendengar sendiri penjelasan dari Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa sebab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat pemeriksaan di satu sebuah 'gereja' di Petaling Jaya Rabu minggu lepas.

Kalau sebelum ini Pemuda PAS membuat kenyataan yang agak 'keras' ke atas JAIS, namun selepas sejam diterang dan ditunjukkan bukti semuanya berubah. Dalam satu sidang akhbar selepas pertemuan di pejabat Hasan Ali itu, Pemuda PAS Pusat mengambil ketetapan untuk menyokong JAIS yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.

Menurut Nasrudin menjadi prinsip dan tanggungjawab jabatan agama untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut. Beliau berkata tindakan itu juga wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

Agendadaily pada Isnin menyiarkan keresahan 45 NGO Islam di Selangor yang kecewa dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang apalogetik sehingga melemah dan hampir mengagalkan tugas penguatkuasaan JAIS.

Menurut Nasrudin kepercayaan haruslah diberikan kepada JAIS tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi ia melibatkan usaha dalam menjaga agama Islam. "Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

"JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk fahami dan patuhi segala peraturan yang ada. "Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. Harap beri kepercayaan tanpa sebarang prejudis untuk menjaga agama. Yang salah dalam peraturan dan prosedur harus ditegur ," katanya.

Menurutnya, hasil pertemuan dengan Dr Hasan dan ditunjukkan beberapa bukti berkaitan, beliau yakin serbuan JAIS ke atas premis gereja itu mempunya asas. Selain 'bukti' berupa dokumen memuatkan 12 soalan kuiz berhubung Islam yang didakwa mengelirukan, Nasrudin mendakwa dalam jadual program itu terdapat acara thanksgiving (majlis kesyukuran) "mengikut agama mereka (Kristian)" dijalankan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa). "Saya sudah hantar faks, termasuk pos lagi kepada mereka hari ini. Kita minta tarikh itu untuk membuat kunjungan. "Terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan waktunya," kata Mustafa. - Agenda Daily
 
PS: HAIIIKKKKKKKK PUIIIIIIII TUUUUIIIIHHHHHH!!! TEPAT KAT MUKA HANGPA!!! BARU ADA AKAI!!!

2 comments:

  1. Assalam Bro

    Mereka ni selalunya menyerang melulu tanpa ambil pertimbangan dari kedua belah pihak... Bila dah terkantol baru malu muka sendiri... Orang cakap mereka kurang bijak tahu pulak nak marah...

    ReplyDelete
  2. Semoga Mereka insaf..Pentingkan Perjuangan islam dari politik mereka...

    ReplyDelete