Friday 29 July 2011

PEDAIHH!! TINDAKAN YANG MENAMPAKAN KEBODOHAN AMBIAGA DAN PENGIKUTNYA!!


CABAI UTARA : MEREKA NI SEBENARNYA BODOHDAN KEBODOHAN MERE MENAMPAKANKA TERSELAH MASA DEBAT TERBUKA SPR & BERSHIT!! MEREKA YANG DANGKAL AKALNYA INI SEPATUT PERLU TINGGAL DI ZOO NEGARA ATAU MANA ZOO DALAM MALAYSIA...APA GUNANYA SPR MEMANGIL UNTUK BERDEPAT ITU KERANA KERAJAAN SEKARANG BAGI MUKA LAGI KAT HANGPA TAPI KALAU KERAJAAN TAK BAGI MUKA KAT HANGPA TEMPAT HANGPA ADALAH DILUAR KAWASAN MALAYSIA ATAU ISA....SENANG CERITA HANGPA NIE DILEBELKAN SEBAGAI PENDATANG TAMPA IZIN...!! BOLEH BACA SEBAB SEBAB BEWAK BEWAK NI DIKATAKAN SEBEGITU RUPA :

1. Tindakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)mengejek (boo) Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika majlis Diskusi "Apa Selepas 9 Julai?" anjuran akhbar Sinar Harian hanya membuktikan satu perkara iaitu, kumpulan ini hanya mahu menjadikan Bersih alat politik Pakatan.

2. Kumpulan ini tidak berminat sama ada pilihan raya sekarang bersih atau tidak. Mereka tidak berminat untuk mendengar penjelasan SPR terhadap dakwaan pengundi hantu, kononnya ada pengundi mengundi lebih sekali dan sebagainya. Mereka hadir di pejabat Sinar Harian atau demontrasi pada 9 Julai lalu hanya untuk survival politik mereka.

3. Maka apabila kumpulan ini turut menganggu majlis pelancaran program mengibar jalur gemilang sempena Bulan Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri di KL Sentral semalam ia memberi gambaran jelas kepada kita bahawa kumpulan ini tidak menghormati adab dan susila majlis tersebut dan mngesahkan dakwaan sebelum ini bahawa mereka hanya mahu mencetuskan anarki dan kebencian.

4. Dalam negara demokrasi, apa yang mereka perjuangkan adalah hak mereka. Mereka berhak memberi penerangan, memujuk, merayu dan menghasut orang ramai menyokong mereka. Namun menggangu majlis Perdana Menteri, menggangu hak orang lain untuk memberi penerangan dengan "boo" dan sebagainya menunjukkan mereka sendiri tidak berupaya mempertahankan idealisme perjuangan mereka.

5. Mereka menuntut media arus perdana yang lebih bebas dan terbuka. Mereka menuntut pemilik akhbar dan wartawan memberi ruang yang lebih besar kepada mereka. Mereka mahu memaksa perniagaan orang lain mengikut cakap mereka. Malangnya, mereka sendiri menunjukkan kegagalan untuk bersikap terbuka dan telus apabila pandangan yang diutarakan tidak menyebelahi mereka.

6. Jika mahu orang lain mendengar pandangan kita, kita juga hendaklah belajar mendengar pandangan orang lain. Lihat sahaja dalam kes Teoh Beng Hock sudah berapa banyak penyiasatan termasuk penubuhan Suruhanjaya Di Raja tetapi kumpulan yang sama masih tidak berpuas hati. Walaupun pada awalnya mereka bersetuju dengan barisan ahli panel suruhanjaya, namun akhirnya mereka menolak penemuan dan pandangan suruhanjaya apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.

7. Bayangkan jika kumpulan yang tidak boleh bertolak ansur dan hanya mahu orang lain mengikut pandangan mereka sahaja ini memerintah. Janganlah tertipu dengan serigala yang berbulu kambing (wolf in sheep's clothing).

Klik Sini

1 comment:

  1. Salam bro ...
    Salam ukuwwah ...
    Good job & writing !

    your blog has been linked from mine ...


    Salam dari sahabat Utara,
    AloQStaQBlog

    ReplyDelete