Tuesday 19 July 2011

CABAI KASI TARUK !! PAS, Parti Sahabat Syaitan !!


Pemimpin parti PAS yang telah lama kehilangan punca dan arah pasti mempunyai kulit muka yang setebal dinding penebat radioaktif nuklear kerana tidak lut dengan panggilan ‘anjing DAP’ atau ‘barua DAP’.    Panggilan-panggilan ini bukannya sengaja dibuat-buat atau diada-adakan sebagai modal perang psikologi politik, tetapi kerana kebaculan PAS sudah terbukti jelas di depan mata.
Bukan sekali, atau dua kali PAS membuktikan yang mereka hanyalah anjing atau barua DAP tetapi berkali-kali.  PAS tunduk akur kepada DAP dalam segala isu tanpa mengira isu dunia, isu prinsip dan hala tuju mahupun isu hukum hakam Allah S.W.T.   Yang terbaru ialah isu penutupan pusat hiburan di bulan puasa di mana PAS sekali lagi sujud dan tidak mampu bertegas dengan DAP walaupun sebelum ini lantang mencerca UMNO mengenai perkara yang sama.
Akibat keterlaluan dalam mempolitikkan agama, PAS telah tersesat jauh dan semakin jauh tanpa kelihatan sedikit pun tanda-tanda yang parti itu akan berpatah balik.    Mungkin ini terjadi atas keterlanjuran bongkak, takbur dan riak Mursyidul Am mereka sehingga sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun, demi untuk berperang dengan UMNO yang merupakan saudara seagama dengan mereka.
Hari ini PAS sanggup bukan sahaja berkawan atau bergabung, tetapi juga tunduk dan sujud kepada kafir harbi, syiah, pluralis, liberalis, komunis dan zionis.    PAS akan menepis apa sahaja yang mampu menggugat hubungan mereka dengan puak-puak ini.
Apabila didedahkan salahlaku pemimpin syiah mereka yang berkhalwat, akhbar Harakah menulis “Mat Sabu Hanya Berkhalwat”..
 Apabila didedahkan salahlaku pemimpin pluralis sanjungan mereka yang meliwat, berzina dan menyalahguna kuasa, mereka memejamkan mata serta memekakkan telinga sambil mulut mereka meracau-racau memarahi pihak yang mendedahkannya
Apabila didedahkan kekejaman kafir harbi terhadap saudara seagama mereka, mereka berpaling ke arah lain berpura-pura tidak melihatnya.
Apabila didedahkan agenda komunis yang meresapi gabungan perjuangan mereka, mereka hanya mengangkat bahu sambil ketawa sinis menafikannya.
 Apabila didedahkan sejelas-jelasnya bahawa perjuangan mereka ditaja oleh zionis Yahudi yang dilaknat Allah hingga akhir zaman, mereka hanya membatukan diri enggan mencerna maklumat tersebut.
Apabila didedahkan salahlaku pemimpin-pemimpin sendiri yang berzina dengan isteri orang, mencabul anak kecil dan sebagainya, mereka menutup segala-galanya dengan rapat, dipateri dan dilupakan seolah-olah ia tidak pernah berlaku.
Apabila kafir harbi memetik hadith dan ayat Al-Quran tanpa memahami hujung pangkal dan ertinya, mereka bertakbir bangga dan gembira konon sikafir harbi menerima Islam.
Apabila kafir harbi menempelak mereka kerana ingin menguatkuasakan hukum Islam, mereka tunduk diam, akur malah meminta maaf kerana ‘terlanjur’ berkata.
Dalam pada itu, PAS terus mendabik dada dengan takburnya bahawa mereka adalah satu-satunya parti yang alim lagi maksum di Malaysia atau mungkin juga di dunia.
Justeru, hari ini kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rupanya manusia yang berkawan dengan syaitan.  
Kita tahu semakin ramai penganut PAS yang mula cuak dengan PAS yang jelas hanya menjadi  anjing kurap di dalam Pakatan Rakyat.   Mereka-mereka ini masih cuba menyedapkan hati sendiri kononnya mereka bukannya menyokong DAP tetapi hanya menyokong PAS.   Namun, jauh di sudut hati, mereka semakin merasa gundah gulana dan serba tak kena.
Bersyukurlah jika masih punya perasaan sedemikian, kerana itulah tandanya iman.    Apabila iman mula bersuara, maka akal akan mula dahagakan maklumat.  Maka, pesan kita pada penganut PAS yang sebegini ialah, ‘bacalah!’.    Mulalah mencari, membaca dan mengkaji maklumat mengenai apa yang diragui tadi.   Carilah ketenangan dan janganlah terus hidup dalam gundah dan tidak sempurna.
Dalam kita membicarakan soal politik, agama dan iman, tidak sekali-kali kita menyatakan yang UMNO itu sempurna, jauh sekali maksum.   Pemimpin-pemimpin UMNO cukup sedar akan hal ini dan atas kesedaran itulah menjadikan UMNO parti yang sepuluh kali ganda lebih baik dari PAS.   Selaras dengan sikap seorang Muslim yang baik tidak mungkin merasakan dirinya baik tetapi sering merasakan yang dirinya masih perlu diperbaiki.  Seorang yang darjatnya tinggi di sisi Allah S.W.T sering merasakan dirinya kerdil dan jauh dari Allah, bukannya dekat dan hebat.   Inilah yang penganut PAS gagal mentafsir mengenai sikap pemimpin yang mereka sanjung sebagai Ulama.
Kerana ulama sebenar sikapnya tawaduk dan merendah diri, bukannya takbur dan sombong.  Di sini saja sudah jelas yang PAS telah tersalah langkah.
Kerana merasa diri kerdil dan tidak sempurna, UMNO tidak pernah berhenti mencuba memperbaiki diri.  Salahlaku dan kesilapan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah dinafi atau ditutup.  Pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah, dihukum juga ramai dan dilaporkan secara terang-terangan untuk makluman rakyat jelata.   Dan pemecatan Anwar Ibrahim sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan betapa UMNO itu bersungguh-sungguh ingin memastikan parti tidak tercemar dengan unsur najis berat.
Tetapi najis berat itulah yang disanjung oleh sahabat syaitan, PAS hari ini.
Kita sedar, ada lagi pemimpin UMNO yang sewajarnya dikenakan tindakan dan walaupun nasib masih menyebelahi mereka, ia tidak bermakna yang penyokong dan pemimpin UMNO yang lain menutup mata mengenai kesalahan mereka.
Di dalam Islam, pilihan kita di sini sepatutnya jelas:   Manusia yang banyak kelemahan tetapi tidak pernah  jemu cuba memperbaiki diri pastinya lebih baik dari manusia takbur dan merasa diri sempurna sedangkan dirinya penuh dengan kelemahan dan kesalahan.  Manusia yang cuba memperbaiki diri berpeluang menjadi lebih baik, tetapi manusia yang merasa diri sudah cukup hebat akan terus alpa, sesat dan akhirnya hilang dan tenggelam ditelan arus dunia.
Oleh itu, sudah sampai masanya Umat Melayu di Malaysia menyatakan pendirian dengan tegas mengenai siapa yang harus disokong, dan siapa yang harus ditolak mentah-mentah.   Tidak seharusnya ada keraguan lagi, jika benar kita beriman.

No comments:

Post a Comment