Sunday 17 July 2011

BERSIH YANG BANGSAT!!

CABAI UTARA YANG PANAS & PEDAS BERAPI :

BERSIH YANG BANGSAT!!





Sudah seminggu berlalu sejak demo haram Bersih di Kuala Lumpur. Namun jentera pembangkang terus menerus berkerja siang malam untuk menyebarkan dakyah polis bertindak zalim dan ganas semasa menanganinya.

Macam-macam drama dan dakwaan dibuat baik menerusi kenyataan,laman web dan youtube.Kebanyakannya macam mengharapkan polis bertindak dengan ‘belaian penuh kasih sayang’ sekalipun mereka sendiri bertindak melanggar peraturan perhimpunan haram.

Bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar apa yang sebenar dibuat oleh polis pada perhimpunan Bersih 9 Julai lepas ialah melaksanakan tanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang..

“itu saja. Kita tidak buat lebih daripada menguatkuasakan undang-undang yang ada di negara kita,”katanya pada wartawan selepas satu majlis di Seremban Sabtu.

Beliau menilai tindak tanduk mereka yang mendakwa polis polis bertindak zalim dan ganas sengaja memfitnah dan memburukkan polis agar orang ramai hilang keyakinan terhadap pasukan itu.

Beliau berkata tindakan berbentuk hasutan itu harus dihentikan segera atau berdepan dengan tindakan kerana perbuatan mereka turut menjejaskan nama negara.

"Jika mereka masih meneruskannya, kita akan fikirkan tindakan yang akan kita ambil terhadap mereka. Mana yang melampau itu kita akan ambil tindakan," katanya.

Khalid berkata antara cerita yang tersebar ialah polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Mengenai desas-desus perhimpunan serupa akan diadakan sekali lagi, Khalid berkata tidak salah untuk pihak berkenaan berhimpun asalkan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Hantar permohonan dulu dan kita akan proses permohonan mereka. Jika perhimpunan ini dibuat mengikut landasan undang-undang yang betul, insyaAllah, kita akan beri kebenaran dan kita akan sokong lagi...kita akan beri bantuan lagi," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, jika diketahui penganjur sengaja hendak berhimpun di jalanan dengan niat mencetuskan kekacauan maka polis tidak akan membenarkannya.


KLIK SINI

No comments:

Post a Comment