Thursday 21 July 2011

PEDAIHH!! LAYAKAH SEORANG BAPA LACURKAN ANAK KERANA AMBIGA BERSHITT!!

Sebagai seorang bapa, kita diwajibkan supaya menjaga keselamatan anak yang dianugerahkan selepas perkahwinan. Anak itu ada anugerah daripada Allah SWT dan kita haruslah memikirkan masa depan mereka walau sedaif mana pun kehidupan kita. 

Anak juga hendaklah diberi nasihat supaya tidak melakukan apa jua perkara yang boleh memudaratkan kesihatan mahupun keselamatan mereka.

Sebagai seorang bapa kita wajib menasihati anak-anak kita supaya jangan mencuba sesuatu yang memberi impak positif kepada kehidupan mereka. Sebagai contoh daripada kecil kita kenalah mengingatkan anak-anak kita bahawa DADAH itu adalah sesuatu yang wajib dihindarkan. Kita juga boleh menasihatkan anak-anak kita supaya tidak terjerumus ke kancah maksiat kerana itu adalah dilarang dalam agama.

Malangnya, atas dasar politik dan gilakan kuasa masih ada lagi bapa yang menggunakan anak sebagai satu senjata meraih simpati supaya masyarakat terus terpengaruh dengan dakwaan kotor mereka yang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi semata-mata.

Masih ada lagi bapa yang menggunakan anak mereka sebagai satu alat untuk melepaskan diri andai di tangkap atau di tahan dengan alasan sekiranya di tangkap tiada siapa  yang akan menjaga keselamatan anak mereka.

Masih ada lagi bapa yang sikapnya lebih rendah daripada binatang yang sentiasa akan menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Ini adalah gambar Shaari Sungib yang membawa anak dan isterinya seolah-olah berkelah ketika perhimpunan BerSHIT tempohari. Apakah sebenar motif beliau membawa anak dan isterinya walhal polis telah memberi peringatan akan bahayanya perhimpunan tersebut. Apakah polis akan terus dipersalahkan andai anak beliau terkena gas pemedih mata ataupun pancutan air yang memedihkan?

Kalau perkara seperti ini gagal untuk diuruskan dengan baik, adakah kita yakin Shaari Sungib ini mampu menguruskan sesuatu yang lebih baik?

apakah nasib anak-anak kecil ini andai mereka berada di Kuala Lumpur tempohari


 
Inilah yang dikatakan perisai manusia. Mereka sanggup menghalalkan apa juga perkara demi memastikan tujuan mereka tercapai.
Artikel 19 Hak Asasi Anak - Unicef mengatakan bahawa Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan dan dizalimi, fizikal atau psikologi. Kerajaan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak dijaga dengan baik dan melindungi mereka daripada keganasan, penderaan dan pengabaian oleh ibu bapa mereka, atau orang lain yang menjaga mereka. Kanak-kanak perlu di disiplin bukan dalam cara yang ganas tetapi cara yang sesuai untuk kanak-kanak untuk tahap pembangunan dan mengambil  kira kepentingan terbaik kanak-kanak itu.

Apakah kanak-kanak ini menjadi mangsa keadaan disebabkan kebodohan mak bapak dioarang yang terfikiran tungu. Andai kanak-kanak ini mampu berfikir waras sudah tentu mereka akan berkata " Ayah, tempat ini bahawa. Jom Balik" tetapi malangnya mereka hanya mampu mengikut tanpa mampu membantah.

Fikirkan Bersama.

p/s : tuihhhhhhhhh kat muka hangpa!!

No comments:

Post a Comment