Saturday 16 July 2011

GEMPAR PENDEDAHAN PENGKHIANAT BANGSA TERBONGKAR!!

GEMPAR!!! Bukti BERSIH sebagai perangkap untuk menjatuhkan Kerajaan pilihan rakyat! Siri 3



Video ini mendakwa (secara tersirat), polis telah menyerang para peserta demo haram tersebut dalam kawasan hospital. Sebenarnya video haram ini sendiri mendedahkan penipuan yang dibuat apabila jelas kelihatan polis hanya menembak air dan melepaskan gas pemedih mata di luar perkarangan hospital tersebut. Namun, motif sebenar yang perlu rakyat timbulkan adalah mengapa hospital tersebut dijadikan tempat persembunyian untuk melanggar undang-undang negara? Apakah beza tindakan kumpulan perusuh ini dengan gerombolan pengganas yang merampas hospital untuk melindungi diri? Dikatakan akibat perbuatan para perusuh memenuhi perkarangan hospital tersebut, dua ambulans yang dalam keadaan kecemasan terperangkap dan tidak dapat memasuki hospital tersebut. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kematian akibat tindakan perusuh-perusuh terbabit? Dan jikalau tiada perhimpunan haram, bukankah lebih mudah untuk orang ramai datang dan mendapatkan rawatan? Sekarang salah siapa sebenarnya? 



Mula-mula tadi kata video ini tidak berpihak kepada mana-mana parti???



Pengarah video ini sebenarnya telah, secara tanpa sedar, membuktikan pengkhianatan pemimpin pakatan pembangkang terhadap penyokong sendiri apabila merakamkam wajah-wajah sesalan mereka yang telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka. Ini kerana hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa keadaan, sedangkan para pemimpin yang sedari awal membakar semangat telah menghilangkan diri entah ke mana...


Pesalah yang ditangkap ini seolah-olah tahu yang perakam video berada di pihak mereka. Baca skrip nampak?


Babak ini agak istimewa. Sila lihat video-video di bawah ini untuk melihat bagaimana agen provokasi profesional memainkan peranannya.





Sila perhatikan saat ke 49 ke atas. Anda akan dapat melihat lelaki yang telah mati di atas meluru menyerang lori polis.


Punyalah istimewa scene provokatur itu, sampaikan dekat tiga minit video di atas diperuntukan untuk menceritakan saat-saat penderitaannya kerana di"zalimi" polis...Tetapi akhirnya apabila kereta polis sendiri yang tiba untuk membantu lelaki terbabit, mengapa tiada sebarang penghargaan diberikan kepada pihak polis? Saksikan bagaimana lakonan terbaik lelaki terbabit dalam dua video di atas...  

Kalau kita tengok video di atas, kita akan dapat lihat betapa profesionalnya (sudah tentu dengan dana yang mewah) pihak yang menghasilkannya menggarap setiap babak dan mesej yang ingin disampaikan bagi melontarkan idea kepada sesiapa yang menontonnya tentang betapa kejam dan menindasnya pihak Kerajaan. Dan inilah sebenarnya yang dimahukan oleh para pengunjur BERSIH yang haram!

Motif mereka bukanlah mahu menyampaikan sebarang memorandum kepada YDP Agong (kalau benar, sudah lama Ambiga serahkan ketika menghadap YDP sebelum itu), tetapi mencari peluang untuk memerangkap pihak Kerajaan dalam permainan politik mereka bagi menghadapi PRU-13 yang akan datang. Setelah kekalahan demi kekalahan dialami pasca era Datuk Seri Najib, mereka kini terdesak untuk mengekalkan kuasa yang ada. Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan memburuk-burukkan pasukan keselamatan mendatangkan kesan dan impak yang sangat negatif terhadap rakyat? Apakah mereka mahu bertanggungjawab sekiranya pasukan keselamatan negara kehilangan semangat dan moral untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara? Sanggupkah pembuat dan penaja video di atas kehilangan monopoli perniagaan mereka di negara ini sekiranya kita bertempur sesama sendiri kelak?!!
 

No comments:

Post a Comment