Monday 18 July 2011

EKSKLUSIF ! Lagi KEJIJIKAN portal MalaysiaKini DiBONGKAR!

Protal pro-pembangkang MalaysiaKini semakin menyerlahkan kejijikan mereka didalam menipu seluruh rakyat Malaysia.

Agen Anwar Ibrahim itu sudah mencapai satu tahap di mana mereka sudah terlampau berani berbohong dan memutarbelitkan isu secara terang-terangan.

Malah, manipulasi berita itu juga berbau hasutan yang amat keji sekali!

MalaysiaKini telah mengeluarkan satu klip video yang bertajuk 'Police Beating' yang mendakwa polis berpakaian reman dirakam sedang memukul salah seorang daripada perusuh demonstrasi haram baru-baru ini.

Terlalu banyak komen di dalam video tersebut. Malangnya, kebanyakan komentar percaya dengan video dan 'police beating' yang dihidangkan oleh portal yang dibiayai oleh Yahudi itu.

Yang menimbulkan persoalan, di manakah 'polis berpakaian reman' seperti yang didakwa oleh portal MalaysiaKini?



Yang jelas ialah pihak polis yang bergegas dan bersusah payah cuba meleraikan pergelutan yang berlaku! Yang mana satu polis berpakaian reman?

Selepas rakaman 'pergelutan; tersebut, MalaysiaKini menunjukkan video seorang wanita yang ditangkap dan dikerumuni oleh orang ramai.


Lihat video di minit 0:18 :-

0:09 - Pencuri / 0:18 - seorang wanita ditahan

Jika mereka yang tidak cermat dan menonton video tersebut secara imbas, mereka akan beranggapan bahawa orang yang dipukul itu ialah wanita tersebut! Lebih-lebih lagi, kedua-duanya sedang memegang bendera Malaysia!

Padahal, ianya adalah keratan video yang lain! Tetapi apabila digabungkan keratan-keratan video tersebut, ramai yang akan tertipu wanita itu yang dipukul!

Dan, apakah benar individu yang dipukul itu adalah seorang daripada perusuh perhimpunan haram tersebut?

Jika kita dengar betul-betul di minit 0:09 dalam video di atas , ada orang yang menjerit mengatakan individu yang dipukul oleh orang ramai itu adalah seorang PENCURI!

Jika benar, MalaysiaKini telah 3 kali berbohong dan mengencing pembaca portal tersebut. Kita dapat saksikan pihak polis yang meleraikan pergaduhan itu, orang ramai yang menendang individu itu dan yang ditendang bukanlah perusuh Bersih 2.0 tetapi seorang pencuri!



Klik Sini

CREDIT TO MIMMalaysiaKini semakin melampau dan kurang ajar!

No comments:

Post a Comment