Tuesday 19 July 2011

PANAS : KOMUNIS oh KOMUNIS SEJAK BILA?

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Tok Da Hussin menunjukkan pelan tanah yang sudah disukat dan diserahkan kepada Pejabat Tanah Gua Musang. Siapa yang menjadi pemilik tanah itu? Kisahnya tak ubah harapkan pagar, pagar makan padi.
Tok Da Hussin atau nama penuhnya, Hussin Bin Deraman masih ingat apabila Angkatan Perpaduan Ummah merampas Kelantan dari Barisan Nasional pada tahun 1990, Nik Aziz selaku Menteri Besar PAS datang ke Gua Musang dan memberitahu penduduk-penduduk tanah rancangan di situ “… takda tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya dua, satu di Mekah dan satu di Madinah. Tanah lain, kalau bukan reserve hutan, cangkullah. Kalau dah cangkul jadi milik kita doh tanah tu…”.

Sebelum ini sewaktu pemerintahan BN, Kerajaan Negeri melarang keras penduduk mengusahakan tanah Kerajaan, tetapi setelah mendapat lampu hijau dari Nik Aziz, berduyung-duyunglah mereka membuka tanah hutan seawal 1990 an lagi.

Tetapi kini, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa mereka ini adalah peneroka haram tanah Kerajaan dan enggan mengiktirafkan hasil titik peluh mereka walaupun mereka sudah menyerahkan pelan sukat tanah dan sesetengahnya sudah juga membayar deposit.

Selanjutnya di Kickdefella 
 
Pas jatuh di Kelantan tahun 1978 dulu ada kaitan dengan perebutan balak dan tanah selain faktor perbalahan sesama pemimpin Pas. Kali ini menjelang PRU ke-13, faktor tanah, balak dan perebutan kekayaan oleh pemimpin Pas negeri pasti membawa kejatuhan yang sama.

Sabda Rasulullah saw “Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang” (Bukhori dan Muslim)

Dah lama duduk atas singgahsana, selalunya membuatkan hati menjadi buta dan mata berpinau-pinau tengok duit banyak. Semuanya kerana wang. Tak ada wang, Bersih 2.0 tak jadi. Melayu Islam memang bangsa yang mudah lupa. Asyik nak kaya cara senang. Untuk rampas Dan pegang kuasa, tipu rakyat pula.

Memang orang melayu ini senang di perdaya oleh kuasa dan wang. Patutlah kita pernah di jajah oleh 4 bangsa Eropah dan dua bangsa Asia, Jepun dan Siam. Cuma Siam jajah sebelah Utara saja. China Komunis pun pernah jajah, beberapa hari selepas Jepun menyerah.

Kesimpulannya, kalau dah berkuasa lama sangat, kecenderungan untuk berlaku penyelewangan adalah sangat tinggi. Tidak kisahlah parti mana pun, UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke, semenanjung ke Sabah ke Sarawak ke, sama saja 

Bagi Pas, setakat penduduk di kencing apalah sangat. Janji mana-mana individu yang mengundi Pas dapat masuk syurga. Kenapa semua rakyat Kelantan belum sedar? Kalau benci pada UMNO sekali pun, undilah parti lain.

Dedahlah apa saja sekalipun, penyokong pembangkang Pakatan khususnya Pas tetap akan kata ini semua tipu. Dan pertanyaan yang diajukan mereka nanti, 

"nak percaya kau atau nak percaya alim ulama?"

 

No comments:

Post a Comment